• 21 November 2024

Bantuan Pengurusan Jenazah Kes Covid-19 Kepada Waris Mangsa Kategori B40


YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah mengumumkan untuk memberikan sumbangan sebanyak RM1,500.00 kepada waris mangsa kematian Covid-19 kategori B40 sebagai sumbangan bagi pengurusan jenazah mangsa bermula pada 15 Ogos 2021.

Berikut adalah soalan-soalan yang selalu ditanya berkaitan dengan bantuan kematian akibat covid-19 ini:-

1) Siapakah yang layak?
Salah seorang waris B40 yang menguruskan jenazah yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Mangsa yang meninggal dunia hendaklah merupakan golongan B40 di Kelantan samada yang berdaftar dengan SKim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan samada yang berdaftar dengan Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan atau tidak. Cut-off date setakat ini adalah bermula 15 Ogos 2021.

2) Berapakah jumlah bantuan?
Jumlah bantuan adalah sebanyak RM1,500.00 samada berdaftar dengan SKim Kifaalah atau tidak.

3) Adakah wasi bagi Skim Kifaalah masih boleh menuntut jumlah RM1,000.00 bayaran kifaalah?
Tidak boleh. Hanya RM1,500.00 ini sahaja sudah memadai.

4) Bagaimanakah cara menuntut?
Ada dua kaedah, samada:-
i. Melalui ziarah YB ADUN kepada waris simati, atau
ii. Melalui tuntutan di Pejabat ADUN dengan membawa dokumen berikut:-

  • Salinan perakuan kematian Covid-19 yang dikeluarkan oleh pihak hospital,
  • Salinan Permit Menguburkan,
  • Menandatangani barang akuan terima wang.