• 29 April 2024

Soalan Lazim berkaitan Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan


1) Apakah Skim Khairat Kifaalah Negeri Kelantan?
Skim Khairat Kifaalah Warga Emas merupakan program kebajikan untuk rakyat Kelantan dalam bentuk skim khairat untuk rakyat negeri kelantan yang berumur 55 dan ke atas.

2) Siapakah yang layak mendaftarkan Skim Khairat Kifaalah Warga Emas Negeri Kelantan?
Warga emas yang berumur 55 tahun dan ke atas , berdaftar mengundi di Kelantan, berpendapatan RM4,000.00 ke bawah.

3) Bagaimanakah cara untuk pendaftaran peserta Skim Khairat Kifaalah Warga Emas?
Pendaftaran boleh dibuat melalui pendaftaran online di laman sesawang https://ekifaalah.kelantan.gov.my/ . Selain dari itu, pendaftaran peserta Skim Khairat Kifaalah Warga Emas boleh dibuat melalui Pusat Khidmat DUN di seluruh Negeri Kelantan.

4) Berapakah jumlah bayaran Skim Khairat Kifaalah Warga Emas yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan setelah peserta meninggal?
Jumlah skim bayaran segera khairat kematian sebanyak RM1,000.00 secara one-off.

5) Berapa lama tempoh bayaran tuntutan kematian Skim Khairat Kifaalah Warga Emas akan diproses?
Bayaran khairat secara one-off akan dibuat selepas berlakunya kematian peserta Skim Khairat Kifaalah Warga Emas dan tuntutan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.

6) Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan kematian peserta Skim Khairat Kifaalah Warga Emas?
Dokumen yang diperlukan adalah:
a. Salinan Kad Pengenalan wasi atau penerima wang yang disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri/Penyelia DUN.
b. Akuan terima wang yang asal.
c. Salinan Permit Menguburkan Borang AM 138-Pin.1/78 (atau dokumen yang seumpamanya) yang disahkan.
d. Sijil Kematian peserta.